Followers

Pages

Tuesday, July 5, 2011

duduk bgn duduk bgn.ape yg kau fhm sbnarnye?

Assalamualaikum..





hye u ols.

kalau smlm i jd ahli politik,hari ni i nk jadi ustazah plak.wannabe je ok.x smpi lg la thp nk jadi ustazah ni.perangai masih lg mcm kanak2 dlm cerita Juvana. ;p


ye.i tgk cite tu.sbb kt umah baru ni xd astro.sggh xd life. -_-"


anyway..tajuk utama hari ni.adalah~~


KORG FAHAM KE APA YG KORG BACA SEMASA SOLAT?


i know some of it yg simple.honestly.yg laen2 tu i xtaw until now.


oh teruk rasanya.baca kumat kamit tp x fhm.patut la x khusyuk. -_-"



so today i went blogwalking and terjumpa this girl punya blog.and she posted some useful info regarding apa yg kita baca masa solat.



i dah lama nk post psl bnda ni.tp each time i online,msti i lupa jugak nk search.ngeh..


so ini lah dia serba sedikit pengetahuan yg i nk share with u all.tx to farhain! :)



  • Allahuakbar
    Allah Maha Besar



  • Doa Iftitah Allah Maha Besar dan segala Puji bg Allah dgn banyaknya.Maha Suci Allah sepanjang pagi dan petang.Aku hadapkan wajah ku bg tuhan yg mencipta langit dan bumi.Dengan suasana lurus dan berserah diri dan bukan dari golongan musyrik.Sesungguhnya solatku,ibadatku,hidupku,matiku,

    adalah untuk Allah tuhan sekalian alam.Tidak ada sekutu baginya dan kepada diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan org Islam.

Al-Fatihah

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.



  • Bacaan ketika rukuk Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.

  • Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.


  • Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.


  • Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.






  • Bacaan ketika duduk di antara dua sujud

Ya Allah, ampunilah daku,
Rahmatilah daku,
kayakan daku,
angkatlah darjatku,
rezekikan daku,
berilah aku hidayah,
sihatkanlah daku dan
maafkanlah akan daku.



  • Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.




  • Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.



  • Doa Qunut

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.



there u go.mendalam sungguh meanings bacaan kita seharian.indahnya islam bak kata cik farhain. :)

ok u all.ceramah hbs kat sini for today.kot2 japg b4 hbs keje ade idea,i update lg ye.jgn la mls2 bace post yg ni.hehe.kot2 nk copy paste,print tmpl kt dinding bilik pn boleh.klo hari2 baca msti ingt! :D

gotta run.tx so much for reading.lavyah! ^_^

p/s : mimpi Sam yg hensem smlm smpi lmbt bgn g keje. -_-"


santapan utk mlm berbuka puasa :


oh btul2.arini i puasa~~~~~perut bunyi2.ape maw mkn buka nnt ye? :D


nk makanan dari Indon?


i reallyyyyy want cupcakes please!!!!

2 comments:

Xx said...

these are the best QUOTE, the best PRAYER ever said, ever made :)) nothing can beat this .

Unknown said...

thank you so much hun. :)