Followers

Pages

Friday, October 2, 2009

statement2 negative paling hebat!

apabila si dia..

1. asyik hantar msg tanya anda dimana..maksudnya..
mereka ada di sekitar kamu je,tapi bersama perempuan lain.hantar msg tu bukannya sebab apa,sebab takut terserempak dengan kamu.kantoilah nanti!

2. selalu sangat komen pasal cerita yang kamu nak tonton tu tak best..maksudnya..
mereka sebenarnya nak tonton cerita tu dengan teman wanita nya yang satu lagi.

3. selalu sangat menyalahkan kamu dalam segala hal..maksudnya..
mereka mencari alasan untuk meninggalkan kamu sebab teman wanita gelapnya sedang merengek-rengek di sebelah masa si dia minta break-up dengan kamu di telefon.

4. cuba bersikap ambil berat walaupun kamu sudah tiada apa-apa hubungan..maksudnya..
si dia tak mahu orang lain nampak dia sebagai seorang lelaki yang jahat tetapi sebaliknya seorang lelaki yang cool.

5. kerap kali tersalah tentang baju baru kamu..maksudnya..
si dia ingat kamu yang selalu beli baju bersama dia padahal dia selalu sangat teman pengganti baru kamu tu membeli belah si shopping mall berbanding menemani kamu membeli baju baru.

6. menghantar msg mahu tidur awal pada kamu padahal sebelum ni asyik tidur lambat je..maksudnya..
si dia telah membeli ticket movie midnight untuk dia dan teman wanita barunya.nanti kalau bermsg dalam panggung wayang mengganggu je.

7. menjawab telefon dengan nada gelak padahal kamu tak buat lawak pun..maksudnya..
teman wanita baru yang bakal mengganti kamu tu ada di sebelahnya.si dia suruh bakal pengganti kamu itu senyap tapi si pengganti baru kamu tu main cucuk-cucuk pinggang si dia.

8. si dia sering beri alasan mahu pulang ke rumah pada hujung minggu padahal sebelum ini cukup berat untuk dia tinggalkan kamu..maksudnya..
si dia telah mengatur rancangan untuk teman wanita gelapnya yang akan pulang ke tanah air setelah sekian lama tidak berjumpa.

9. terdiam dan gelak tak sungguh apabila kamu bercerita tentang teman kamu yang baru perpisah angkara seorang perempuan lain..maksudnya..
dia sedang melakukan perkara yang sama.

10. mengambil kata putus untuk berpisah tapi masih mahu berbaik-baik dengan kamu..maksudnya..
dia seorang lelaki yang inginkan perhatian ramai perempuan dan tidak akan pernah rasa cukup dengan kasih sayang yang kamu curahkan.

11. tiba-tiba belanja kamu makan besar..maksudnya..
dalam diam dia telah melakukan kesalahan di belakang kamu dan rasa amat bersalah tapi si dia tetap mendiamkan diri.mana boleh bongkar rahsia sendiri!

12. dia marah-marah kamu makan lambat..maksudnya..
bakal pengganti kamu itu sedang menunggunya di suatu tempat.ada date rupanya.

13. handphone si dia kerap kali berbunyi walaupun kamu bersama si dia..maksudnya..
si dia sedang mengatur rancangannya bersama perempuan itu selepas dia keluar bersama kamu selepas ini.

14. cepat marah dan senang mengeluh apabila bersama kamu..maksudnya..
si dia sudah bosan dengan perangai kamu.perhatiannya sudah pada perempuan lain.

15. kerap kali menghilangkan diri tanpa sebarang berita..maksudnya..
apa lagi?date baru lah tu.yang pasti bukannya date bersama kamu!

16. tiba-tiba mempunyai barang-barang baru yang kamu tidak jangka akan menjadi pilihannya..maksudnya..
ada orang baru yang mempengaruhinya dengan benda-benda baru dan fesyen terbaru.si dia sedang dilamun bayangan cinta orang baru,semua pilihannya pun dirasakan yang terbaik dan kamu akan difikir tidak setaraf dengan orang baru itu.

17. gaya penulisannya di Facebook sudah berbeza..maksudnya..
bakal pengganti kamu itu kerap kali menjengah muka facebook si dia dengan menghantar komen-komen comel sekaligus membuat si dia terpengaruh dengan gaya penulisan bakal pengganti kamu itu.

18. merayu-rayu pada kamu setelah kamu meminta putus..maksudnya..
si dia hanya ingin kamu kembali padanya untuk seketika.apabila si dia rasa kamu sudah mula menyayangi dirinya,si dia akan terus meninggalkan kamu.sebenarnya selama ini si dia hanya ingin membalas dendam dengan cara meninggalkan kamu pula.

19. tiba-tiba kembali bermsg dengan kamu..maksudnya..
teman wanita gelapnya itu tiada di sekitar sini.jadi kamu lah yang menjadi peneman keduanya.

20. si dia pura-pura marah dan cemburu..maksudnya..
si dia masih tidak mahu kehilangan kamu dan ingin kamu rasa seolah-olah dia masih sayangkan kamu.sebenarnya tidak.jangan tertipu.si dia masih mempunyai orang lain selain kamu.

p/s : credits to becok-becok minah loving.klaka gile bnda nih.ahahahaa.

nota tapak kaki : gile negative semua statement..xd yang positive lgsg...ahaha..anyway,pd yg bercouple tu..beware2..tah2 bf korg ade yg wat cm yg listed above tu..ahaha..hopefully x lah kan.ngehehe.. ;D

1 comment:

A'ai said...

terbaik dari ladang!!
hahhhaah..
nice!