Solehah pindah ke Melaka bersama anak2nya.bapa?oh..telah lama berpisah.dalam erti kata lain,bercerai.pindah sahaja ke melaka,anak2nya,lisa yg sulung,tini yang kedua.2 beradik sahaja.cukup untuk menggembirakan hati seorang ibu dan cukup untuk mendorong seorang ibu bekerja keras menjual kuih saban hari selama 28 tahun untuk menyara anaknya setelah penceraian.bapa?langsung tidak tahu apa maksud anak.nafkah anak dan isteri?apa tu?setelah berpindah ke melaka,saudara mara mereka yg telah sedia ada di melaka berusaha menolong mencari pekerjaan untuk anak-anak Solehah.Solehah mempunyai 2 adik beradik perempuannya di sini.Zila dan Wati.
Kisah bermula apabila Tini mula bekerja di perusahaan milik Zila dan suaminya,Yusuff.Segalanya berjalan lancar walaupun pada mulanya Wati berkeras tidak mahu Tini bekerja bersama Zila.Alasannya kerana keluarga Zila penuh tipu muslihat.Kaya dengan duit tipu.Masya-Allah...Sehina itu tuduhan yang kau limpahkan pada kakakmu sendiri?Tergamak..Memang tergamak..Padahal Zila dan Yusuff yang menolong mereka semasa mereka mula-mula berpindah ke Melaka.Tidak pernah sekali pun diungkit segala pengorbanan yang telah dicurahkan.Wati memang tidak keruan jika tengok orang lain senang terutama sekali adik-beradik nya sendiri.Puas Wati cucuk Tini untuk kerja di tempat lain.Merata tempat Wati bawa Tini untuk interview namun tidak berjaya.Tini akhirnya terpaksa bekerja di perusahaan Zila dan Yusuff.Segalanya baik.Senang bekerja dengan AG Switz Sdn Bhd katanya.Kalau ikut peraturannya,hidup senang.Setelah beberapa bulan bekerja,tiba-tiba Tini mula menunjukkan tanda-tanda tidak senang hati.Ada saja hari yang ingin diminta cuti.MC la.Emergency leave la.Alasan yang diberi,bapanya sakit tenat di Pahang.
Minggu demi minggu berlalu,Tini mula berubah.Kami sudah tidak kenal siapa Tini.Kalau dulu memihak kepada ibunya,sekarang berpihak pada makcik nya,si Wati.Sehinggakan ibunya sendiri ditengking tanpa kira dosa pahala.Pernah sekali,Tini dan Lisa membeli makanan bungkusan balik ke rumah selepas kerja.Tidak dibelikan sedikit pun untuk ibunya padahal mereka sudah tidak membeli barang-barang basah dapur untuk ibunya masak.Mereka makan di meja dengan lahapnya,sambil melihat ibu mereka di meja yg sama.Tidak dipelawa sikit pun pada si ibu.Walaupun sekadar bertanya..Mereka khayal mengisi perut mereka sendiri.Ibu hanya sekadar melihat,menahan sebak,kemudian berlalu dari meja makan dengan titisan air mata berlinangan,masuk ke kamar..Sesudah makan,si ibu keluar dan melihat bungkusan kosong ada di meja lalu dikemaskan meja itu tanpa sebarang sungutan.Anak-anaknya?Berlalu begitu sahaja tanpa rasa bersalah dan tidak peduli,laparkah ibuku?Lihatlah dunia,kejamnya anak-anak Solehah..
Hari itu,Tini berhajat untuk pulang ke Pahang.Atas alasan mahu berjumpa ayahnya.Seperti biasa Solehah akan menghantar anaknya ke Stesen bas.Solehah siap-siap bersembahyang Maghrib takut terlambat menghantar Tini.
Solehah : Adik,dah siap ke belum?ibu dah siap ni.nak hantar adik.
Tini diam tanpa sepatah kata.Muncul sahaja dari kamarnya,terus menghadap ibu.
Tini : Adik tak nak ibu hantar.
Solehah : Kenapa adik taknak ibu hantar?
Tini : Sebab adik x sangka adik ada mak macam ibu!!!jijik!
Si ibu terdiam seribu bahasa.Tini keluar dari rumah,tanpa sebarang kucupan untuk ibunya dan terus menghala ke pintu pagar.Rupa-rupanya Wati sudah lama menunggu.Solehah menjerit memanggil anaknya..Namun Wati tidak berhenti.Solehah pasrah..berlinang lagi airmata nya..Sampai hati adik..
Seminggu tanpa anak-anak di sisi,Solehah terasa sunyi.Kesunyian itu tiba-tiba hilang apabila ibu Solehah menelefon dari Pulau Pinang.
Ibu : Sihat ka?makan apa hari ni?
Solehah : Sihat,alhamdulillah..makan nasi dgn telur goreng kicap.
Ibu : hai..awat yang hang makan lauk mcm orang sakit ni pasai apa?
Solehah : Laa..saja..Terasa nak makan..
Perbualan mereka terhenti di situ..Kebetulan,malam itu juga Lisa dan Tini pulang ke rumah.Masuk sahaja ke rumah.Solehah tersenyum riang..malangnya..
Anak : Hoi!dah xd keje lain?makan nasi dengan telur pun nak bgtau kat semua orang?Nasib baik aku beli telur tu tau!kalau x..kebulur la kau kat rumah ni.
Solehah : Masya-Allah..ibu bukan mengadu pada siapa2..tok telefon..tanya ibu makan apa..ibu jawab saja..
Anak : Hey,sudah lah.Kitorang dah tau ibu siapa.Perangai ibu memang macam perangai makcik Zila tu kan?kaki tipu.makan duit orang.Huh.Baru sekarang kami tau.Eyh bu,sedar-sedar la sikit.Dah nak bercantum dengan tanah dah pun!
Kedua-duanya berlalu.Ibunya hanya tercegat di pintu yang tadinya mahu menyambut anaknya pulang..Air menitis bak hujan.Tergamak kamu buat ibu macam ni..
Sekarang,Solehah sentiasa keseorangan.Menanti anak-anaknya yang tidak kunjung tiba.Tini sudah berhenti bekerja di AG Switz Sdn Bhd.Solehah tiada mata pencarian jadi Zila menawarkannya tempat berteduh.Kebetulan anak-anak Zila jarang pulang.Kesemuanya sekolah asrama jadi bilik selalunya kosong.DIsitulah Solehah berteduh.Mujur ada Zila,adiknya yang sentiasa ada bila dia memerlukan.Saban hari Solehah termenung di tikar sejadah,memohon doa supaya anak-anaknya kembali ke pangkal jalan dan sedar dengan apa yang sedang dilalui.Walaupun dia diuji dengan begitu hebat,tidak pernah sekali pun Solehah merungut.Malah dia kelihatan gembira sahaja dengan wajahnya yang tenang,seolah-olah tiada apa yang berlaku.
Sedarlah insan..hidup hanya sekali..ibu cuma seorang..hargailah masa-masa bersamanya..Begitu besar pengorbanan si ibu sehinggakan tiada mampu untuk kita membalasnya walau dengan segunung jasa anak..Fitnah yang dilemparkan itu akan menjadi api dirimu sendiri kelak..Ketahuila bahawa seburuk-buruk manusia adalah apabila dia melemparkan fitnah ke atas kaum saudaranya sendiri..
3 comments:
ehh.. so, wati tu fitnah solehah?
then anak2 dia percaya wati?
ke cnne ni?
x faham
si wati tu fitnah ZIla..cube bace btul2..die ckp ZIla tu makan duit tipu.huhu..Solehah is on Zila's side..pastu si Wati ni racun anak2 wati..yang mak diorg tu same je mcm Zila..
Post a Comment